Ranum Iftitah

Tegak sendi berdiri
secupak di sanubari
seikhlas wudhu’ pagi
qunut tertadah wangi
harum dihayati

Al-kitab cinta tertumpah
setia bai’ah syahadah
rukun memeta akidah
di daerah amanah
di malam fathonah
di tabligh sirah
di siddiq bermaruah
sempurnalah fikrah

gerbang iftitah
bersulam kiswah katifah
lembut menyimpul ukhuwah
untuk ummat khalifah

Molek garden
June 26, 2010

Published in: on June 26, 2010 at 12:33 pm  Leave a Comment