Kupu-kupu Jakarta

dia melebarkan sayap
hingga tersebar keharuman wangi
dilembah yang tertitis hujan lembap
sayapnya cemerlang berseri
dan perlahan berkibas-kibas
diimbas senja kirmizi
terbanglah dia bebas
sementara purnama masih bersaksi

kupu-kupu jakarta
memukau pesona di flora fantasi
hidupnya di malam kota asmara
menggertak kewarasan budi
yang mati masih mampu berdiri
yang hidup jadi lebih berani

hinggaplah di bahu daku
rela daku berjalan kaki
membawa pergi si kupu-kupu

biar jauh diseberang
wanginya masih terbau
sayapnya basah dicurah rindu

Sayang dua kali sayang.

Johor Bahru – Pasir Gudang
July 29, 2010

Advertisements
Published in: on July 29, 2010 at 2:48 pm  Comments (2)  

Sejadahnya sendiri-sendiri

kaki kita sama melangkah
kanan yang dulu, kiri terkemudian

rukun kita kembar setara
niat yang fardhu, salam di akhiran

menyahut kita sekihlas perintah
mula di hati, dikumat-kamit janji, dilaksana perbuatan

takbir kita sama bergema
ketika digoda berkah atau dipukul ujian

doa kita sama menadah
memuji yang satu, minta dikabulkan

usaha kita sama berdaya
di awal pagi, di senja penghabisan

tuju kita sehala arah
syurga yang abadi, bukan di neraka buangan

Namun bila kita membentang sejadah
mengapa selalu sendiri-sendirian?

22 Julai, 2010
Pasir gudang

Published in: on July 22, 2010 at 4:01 pm  Leave a Comment  

Ia sebagai lalang

sebagai lalang
ia mudah condong ditiup angin
lembutnya tidak berbatang
pepatah doktrin;
pendirian yang tidak berpancang
senang dirangsang ingin

sebagai lalang
ia mudah ditapak pijak
lurusnya tidak bercabang
hanya patuh berbaring dihenyak
membantah tidak
menurut yang banyak
menumbuh dan membiak

kalau sebenar ia lemah di mata zahir
sejujurnya ia kuat dibalik tafsir
condongnya berpegang teori
lembutnya bersindir analogi
lurusnya merampai erti
suburnya diseluruh pelusuk bumi

Nerasau,
18 July, 2010

Published in: on July 18, 2010 at 10:00 am  Leave a Comment  

Ia seperti burung

Ketika malam yang warnanya hitam
ku dongak melihat luasnya langit
tiada bintang dan bulan tercalit
yang ada cumalah diam iltizam
menta’fakur perilaku semalam

Ia seperti burung yang bebas
bercahaya silau berterbangan tangkas
dari hujung ranting zaitun
sayapnya berkibar hingga ke Neptune
arah tujunya ke langit halimunan
ia seperti burung yang di firman
mengecap kelazatan di hari-hari
sehingga waktu yang dijanji

Sand Warehouse
14 July, 2010

Published in: on July 13, 2010 at 4:23 pm  Leave a Comment  

Bolehkah kita berasa aman

Disisi malam
kita tidur dalam kedinginan udara
diselimut embun semara
dipeluk fantasi adikara
didodoi merdu ayunda
bermimpi bidadari syurga
sopan senyum ketawa
menyihir alpa dari terjaga
tenang damai terasa
diempuk tilam lena

bolehkah kita berasa aman
tanpa gusar difikiran
tenang damai malam budiman
menjadi ngeri kelabakan

bolehkah kita berasa aman
ketika bayu lembut memuput
menyapa halus lurus hujung rambut
tiba-tiba ganas berganti ribut
mengoyakkan keindahan alam
merabakkan kepermaian silam
menggugah takut dan bimbang si anak adam

bolehkan kita berasa aman
ketika tenang kita melangkah
diatas mapan serta keutuhan tanah
diatas strukturnya yang gagah
tanpa risau ia terbelah
dan kita jatuh di jurang dalam
terkubur tanpa nisan bertulis rencam

Mari kita fikirkan
beburung yang bebas di udara
dan kapal yang tenang di lautan
terbang dan berlayar tanpa halangan
bolehkah kita berasa aman

Julai 10, 2020
Molek Garden

Published in: on July 10, 2010 at 4:24 pm  Leave a Comment