Ketika Hati

ketika hati membara kerana ada perselingkuhan,
itu ialah api-api kecil yang membakar kewarasan,

ketika hati membenci kerana ada iri yang berakar,
itu ialah benci yang mula bersangkar,

ketika hati mula panas kerana tertusuk nyilu,
itu ialah pohon sabar yang mula layu,

ketika hati mendengki kerana diburu cemburu,
itu ialah hasad dari akal yang buntu,

ketika hati amarah dengan dungu congah,
itu ialah secupak kotor yang tiada faedah,

ketika hati disumbat dengan kesumat,
itu ialah angin yang meniup pekerti laknat,

ketika hati melupakan jasa yang mulia,
itu ialah sifat tanah yang gersang dibaja durjana,

ketika hati menghina kerana buruk rupa,
itu ialah keji yang lupa usul dunia,

ketika hati berdusta untuk menutup as-ssiddiq,
itu ialah hamba yang dikutuk al-khaliq,

ketika hati mendamba cinta mulia,
itu ialah masa pintu shurga dunia terbuka.

Molek Garden
October 26, 2009

Advertisements
Published in: on October 9, 2010 at 10:24 am  Comments (4)  

The URI to TrackBack this entry is: https://suaraproduction.wordpress.com/2010/10/09/ketika-hati/trackback/

RSS feed for comments on this post.

4 CommentsLeave a comment

  1. nice one!!!! suka!!!!

  2. terima kasih cik pia…:)

  3. bkn men lagi..mmg berbakat..

    • Terima kasih fariz. Saya sekadar menyelami keindahan bahasa


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: