Kerikil Rindu Di Arafah

Rindu Arafah kembali bertandang di sanubari
angin timur Baitullah menyusur luhur dan makmur
suci dan kudus dalam doa dan syukur
di gurun gersang jutaan jemaah berihram putih
bagai ombak berolak ke taman kasih
manisnya bersabar diuji kemarau debar
mencicip madu ibadat hemah dan lazat
wukuf insan berbunga tabah di Jabar Ar-Rahmah
menjunjung ingatan mahsyar di iklim Zulhijjah

Sekecil kerikil di Arafah buat kita terasa kerdil
mentari terik memanggang insaf yang tidak serik
dosa membintik keringat lalu membaja serumpun syafaat
saksi di Arafah melihat kita taat bermunajat
sepenuh ikhlas kita mengharap ampunan Al-Ghaffar
setulus jiwa kita mengaku kebesaran Al-Jabbar
kita hayati tawaf serta qiam, dan berdoa diam ke gerbang Multazam
di Hajarul-Aswad kita hirup wangian ghadat
lebih dari semerbak daisy atau seharum kasturi
di tiang arasy doa kita menyubur pasrah
sebelum menggunung hasrat untuk dimaqbul Allah

Di perlembahan safa dan marwah kita meniti sirah
kita mengulang ikhtiar menginsafi susah Siti Hajar
untuk diselam selaut iktibar yang mengajar
demi Ismail yang kecil menangis dahagakan air
dan Tuhan Maha Pemberi yang memencarkan zam-zam mengalir
di tanah kontang untuk menyenangi jutaan musafir
agar kerikil rindu di Arafah selalu basah
di bawah cerah matahari Zulhijjah

Rindu Arafah
bersulam zikir
bermanik takbir
bertafsir cinta
berulang di Aidiladha

Sand Warehouse
9 Zulhijjah 1431

Advertisements
Published in: on November 16, 2010 at 1:32 pm  Comments (4)  

The URI to TrackBack this entry is: https://suaraproduction.wordpress.com/2010/11/16/kerikil-rindu-di-arafah/trackback/

RSS feed for comments on this post.

4 CommentsLeave a comment

  1. SANGAT BEST BACA SAJAK KAU . AKU SUKA. MINTA PUBLISH KAT BLOG AKU BOLEH?
    SUMPAH AKU SUDAH TERTARIK SAMA KAU PUNYA BLOG. AKU MINAT DENGAN GAYA PENULISAN KAU .

    KAU PELAJAR KESUSASTERAAN MELAYU KE?

    • Terima kasih KerdilDesa. Silakan berkongsi. Saya bukanlah seorang pelajar aliran kesusasteraan, tetapi sekadar seseorang yang amat meminati tulisan yang berjiwa bahasa.:)

  2. terus terang aku bilang, aku pelajar pengajian bahasa (kesusasteraan melayu)
    aku tak sehebat kau nak buat karya-karya sebaik ini .

    • Saya tidak hebat. Sungguh, ada ramai lagi yang maha hebat diluar sana. Karya mereka lagi harum dan subur.

      Biar kita belajar jurusan apa, yang penting adalah menjiwai dan pada saya, kita tidak perlukan untuk menjadi hebat, sekadar cukup untuk melampiaskan rasa dan minat. Lalu kita berkongsi. Itulah yang paling nikmat.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: