Kalam Yang Berbisik

Image Hosted by ImageShack.us

Advertisements
Published in: on January 8, 2011 at 7:52 am  Comments (2)  
Tags: ,

Jambu Yang Paling Merah

Jambu yang paling merah
melambaikan ghairah
agar digetisnya
untuk dicicip rasa enak
merah ranum yang berlemak
manis jus yang cerak

Di hujung ranting
jambu itu terbuai
bagai berjuntai untuk;
kugapai tak sampai
kujinjit tak capai
kukaut tak kena
kujangkau tak rasa
kubaling tak jatuh
aku merintih keluh

Seekor pipit kecil
hinggap di ranting
renek dan condong
mematuk-matuk lohong
jambu yang paling merah
melambaiku ghairah
bukan rezeki pagiku

Molek Garden
7 Jan, 2011

Published in: on January 8, 2011 at 3:57 am  Leave a Comment  
Tags: ,