Debunga-Debunga Libyan

Demi tanah yang dulunya harum
di tengah wangi padang kuasa Ghadaffi
singa buas yang bongkak mengaum
melihat debunga Libyan bersemi
terbang melitup padang kuasanya
menyesak letup haloba nafasnya
menggetar gadang darjat di bahunya

Debunga-debunga libyan musim luruh
seujana berkuncup tumbuh
di padang kuasa singa nan angkuh
bersenandungkan awan Kaherah
dan hujan Tunisia yang basah
bunga-bunga Libyan bercambah
menjalar mekar; membenamkan akar

Sang singa yang mencabar
apakah buta menafsir iktibar?
padang mesir yang terbakar
dan tanah Cairo yang tercalar
ialah kerana umarak yang tamak
lalu ummatnya bangun membentak
demi sinar masa kelak

Debunga-debunga Libyan
padang ini adalah taman-mu
dan bukan agam sang singa
yang asyik menjilat bulunya
di atas batu singgahsana

Mekarlah dan mewangi
wahai debunga-debunga Libyan

22 Feb, 2011
Sand Warehouse.

Advertisements
Published in: on February 22, 2011 at 4:10 pm  Comments (2)  

The URI to TrackBack this entry is: https://suaraproduction.wordpress.com/2011/02/22/debunga-debunga-libyan/trackback/

RSS feed for comments on this post.

2 CommentsLeave a comment

  1. MashaAllah.. Indahnya.. Cipta rasa terharu dan muhasabah.

    • 🙂 Terima Kasih Zafira


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: