Menyelak Malam

Ketika aku
menyelak malam
pada detik
empat pagi
peti tivi
masih berbunyi
sayang
aku sudah buta
untuk melihat.

Ketika aku
menyelak malam
pada detik
empat satu pagi
hanya ada angin
sayang
aku berbaju tebal
tak merasa dingin.

Ketika aku
menyelak malam
tanggal delapan
bulan mei
ombak laut china selatan
apakah masih mesra
untuk sang pemancing
atau nelayan barangkali?

Molek Garden
May, 22 2011

Published in: on May 25, 2011 at 10:34 pm  Leave a Comment  
Tags: ,

Demi

Demi sebuah perkahwinan
dia begitu mencintainya
seorang suami di sisi isteri
dia simpan di celah pinggul

Molek Garden
May, 20 2011

Published in: on May 21, 2011 at 2:40 pm  Leave a Comment  
Tags: ,

Tisu Basah

Renda sejadah baldu
di tebing perahu hanyut
ketika malam syahdu
berdiri insan ber’tahajjud’
hatinya merintih gundah
jiwanya meratib resah
bagaikan tisu basah
air matanya melimpah
dalam sujud yang pasrah

Sand Warehouse
April 1st, 2011

Published in: on May 16, 2011 at 7:20 pm  Leave a Comment  
Tags: ,

Puisi Buat Nia

Ketika aku tekuni gambar famili
wajahmu menguntum seri sebuah senyum
di baris belakang hujung sekali
tanpa kau sedari aku berdiri di sisi
kemesraan tidak memberi kita ruang
sekadar tegur sapa dengan jeling pandang
atau bertanya khabar lewat senyum
adalah bahasa kita sekian lamanya

Di dalam darah yang mengalir
ada sejarah keturunan yang hampir
jurang persaudaraan yang terbina
bagaikan jambatan yang menghubungkan
adalah mustahil untuk dirobohkan
kerana roboh bererti runtuh
kerana cerai bererti lerai
kerana bubar bermakna hambar
kerana bersama bererti berpisah selamanya!

Lalu angin perasaan yang meniup
molek dibiarkan ia hanyut
debunga rasa yang tersemai
elok lepaskan dibawa badai
tetapi masih sisanya tersisip
di jendala hati yang tertutup
apakah takdir yang bernama nasib
memberikan petunjuk ke arah hidup?

Nia yang senyumnya manis
dan suaranya serak basah
kulitnya berwarna langsat
dalam kerudung biru turquoise
redup matanya adalah awan
yang memayung mentari;
malamnya peneman bulan
fikir ini biarlah dipendam
dalam sebuah puisi gurindam
lama-kelamaan kan sendiri padam

May 15, 2011
Molek Road 3/11

Published in: on May 15, 2011 at 2:15 pm  Leave a Comment  
Tags: ,

Secawan Teh, Seekor Berudu Dan Seekor Katak


Aku sedang membancuh secawan teh tanpa susu. Warna orennya jernih sampai ke dasar. Nampaklah butiran gula sedang berputar. Putaran sudu mengikut arah mengetatkan skru. Sementara menuggu gula itu larut aku pun hanyut. Aku merenung ke dalam cawan, telus warnanya menembus butiran gula yang tiba-tiba menetaskan seekor budu. Menjelma secara tak tersangka dan ia semakin membesar menjadi seekor katak. Memenuhi ruang secawan teh aku. Aku terkejut kerana katak itu tiba-tiba melompat keluar dari cawan. Lalu aku berlari ke pintu luar. Tanpa sedar, aku terjatuh ke dalam kolam. Aku lemas dan fikiran aku terbayang seekor budu yang berenang di dalam cawan tadi.

Johor Bahru
May 11, 2011

Published in: on May 14, 2011 at 2:21 am  Leave a Comment  

Kita Selalu Melihat; Selalu Mendengar

Kita selalu melihat; selalu mendengar
buah amanat untuk dipetik iktibar
renungkan langit cermat dan sabar
awan firasat dan mentari qadar
bertanya apakah hasrat yang benar

Kita nikmati ombak dan pantai
gunung yang tegak; daun melambai
alam yang sunyi bijak menyampai
kata-katanya menyirat surai
meminta kita berakal pandai
layaknya sebagai khalifah

Sunyikan diri sebagai malam
mengenal budi yang kian suram
bicara kata sebagai angin
hanya menyentuh permukaan ingin
perhatikan pula sifat lebah
mengambil madu sang wardah
tanpa sedikit tiada punah
malah serinya makin bertambah

Sand Warehouse
May 9, 2011

Published in: on May 9, 2011 at 10:28 pm  Leave a Comment  
Tags: ,

Nafas Bonda

Dalam kalimah agung Dewata
ada tersisip wasiat bonda
kami penghuni angkasa raya
tersujud di bawah kakinya
memuja wangian syurga

Nafas bonda segar
mengusir sejuta gusar
kami anak rahim bonda
lahir tika bonda muda
besar sampai bonda senja
masih segar nafas bonda

Sejambak senyum bonda
mengisi seharum ruang
menjejak Kulzum saat senja
mengingati ranum kasih  sayang

Molek Garden
May 8, 2011

Published in: on May 8, 2011 at 7:14 pm  Leave a Comment  
Tags: ,

Mencari Tuhan

Bila Ibrahim mencari Tuhan
dia terpandang bintang
dan bintang pun hilang
katanya “itu bukan tuhan”

dari bintang berganti bulan
juga bulan lekas sirna
katanya “itu bukan tuhan”

Lalu malam pun pergi
menerbitkan matahari
itukah “Tuhan”?
tapi mengapa sampai senja
Bukankah Tuhan selalu Ada?

Glory Command
May 6, 2011

Published in: on May 7, 2011 at 3:09 am  Leave a Comment  
Tags: ,

Pantun Senyum

selangkah ke depan menoleh sisi
jangan alpa meniti titi
senyum siapa manis sekali
siap terbawa ke dalam mimpi

pena buluh jari gementar
menulis warkah di malam hari
dari jauh senyum terpencar
jatuh sudah bintang ke bumi

ranum pulasan seberkas
dalam dulang tersusun hidang
senyuman ikhlas tidak berhias
takkan senang dilupa orang

bibir merah milik siapa
tentulah milik dara perawan
senyum merekah membelah jiwa
setiap detik jadi ingatan

antara fiil senyuman menarik
paling dicari susah dijumpa
matanya mengecil bibir ditarik
lensung pipi tumbuh dua

Sand Warehouse
May 5, 2011

Published in: on May 5, 2011 at 9:48 pm  Leave a Comment  
Tags: