Isra’ Dan Mikraj

Kita kesani sebuah peristiwa
lamanya sebuah perjalanan semalam
lalu kita tekuni seluruh percaya
hakiki insani dan nurani manusia
membawa siddiq ke gerbang taqwa

Ketika rasul bertemu Tuhan
kisahnya terlalu terbukti untuk dirakam
kita bertanya; mungkin terduga
bagaimanakah kembara yang panjang
sempat di musafiri satu malam
ke Aqsa dari Masjidil Haram
dari Madinah ke tanah Palestine
kita mengulang tanya dalam batin
sampai terpupuk iman yang dingin
sehingga resah diganti yakin
melingkari jiwa kita seorang mukmin

Ternyata rahsia tuhan mega
buat kita menafsir percaya
atau masihkah kita ditadbir rahsia
antara Isra’, Buraq dan Mikraj
kita mereguk berbilion rahmat

25 Rejab, 1432H
Johor Bahru

Advertisements
Published in: on June 28, 2011 at 10:18 pm  Leave a Comment  
Tags: ,

Ribut Iktisad Di Eropah

Greece yang dahulunya mewah
kini di ribut ekonomi resah
dana yang berbillion tumpah
adalah palsu yang menipu
di mata rakyat; kononnya kukuh
di ambang nyata; menunggu runtuh

Ketika eropah merajakan Euro
iktisad athens melompat hero
tunai-tunai cepat melimpah
ke poket rakyat yang bertuah
atau ke peti pemimpin yang pongah
lalu disebut mereka anugerah
atas bijaksana jemaah eropah

Tersedar greece dari mimpi
bagi kita petanda ilmu ngeri
pengalaman dan teori ranumnya berbeza
yang ditanam subur tumbuhnya belum makmur
yang berbuah lebat ada masa berinti ulat
rugi tak terpikul pemimimpin
lalu dibeban bahu ke rakyat

Senyum IMF yang palsu
Greece pun tertipu
untung kita tahu
dan mafhum lama dahulu

Johor Bahru
June 26, 2011

Published in: on June 26, 2011 at 10:47 pm  Leave a Comment  
Tags: ,

Tivi Rusak

Kami punya sebuah tivi
bentuknya petak empat
depannya rata lurus
belakangnya kembung mengandung
ditulis situ ‘made in china’

butangya cuma satu di badan
yang lain di remote kawalan
untuk gambar yang terang
kami perlu sepasang antena
yang lurus dan panjang
jika tersentuh akan terasa direnjat
kerana ada arus kecil yang mengalir
tanpa antena
gambarnya cuma kelabu bertiti-titik
sebelum bertukar biru
atau suaranya berderak-derak
sebelum menjadi senyap

Tivi itu, tivi pertama kami
cuma semalam ia telah rusak
tika sekeluarga sedang menonton
berita perdana jam lapan
sebelum makan malam
tiba-tiba ia menjadi sunyi
gambarnya hilang terpadam
dan rumah dilanda sepi

Abah menghidupkan motor
ke kedai kopi
ibu segera ke dapur
menyediakan nasi
kami adik beradik- menepuk-tepuk tivi
“bagunlah-bangunlah” kata si bongsu
kerana esok ada kartun Doraemon.

June 25, 2011
Molek Garden

Published in: on June 25, 2011 at 7:57 pm  Leave a Comment  
Tags: ,

Memo Dari TNB

Malam itu tidak sepi
seperti kebiasaan
ada suara dan bayang di peti tivi
ada lagu berkeroncong di corong radio
lampu-lampu putih
dan mentol-mentol jinga
menyala mencerahi seisi rumah

periuk sedang menanak nasi
peti sejuk yang perlu energi
supaya ikan tidak busuk
atau sayuran tidak layu
di rumah kami tidak ada penghawa dingin
meski malam selalu bahang
yang ada cuma kipas kokak
yang lehernya sudah patah
berpusing-pusing bagai tak mahu

adik esok sekolah sedang menyeterika baju
abang di bilikya sedang membaca buku
ayah sedang menonton tivi diteman ibu melipat kain
kakak sedang mengeringkan rambut
aku sedang mengapur kasut di dapur

tiba-tiba kata pemberita
“Tarif listrik kan naik lagi”
waktu itu juga
rumah kami blackout
dan ayah  memasang lilin
“sudah, lekas tidur” katanya
terasa malam itu
bagaikan malam era pasca merdeka.

Molek Garden
June, 5 2011

Published in: on June 6, 2011 at 7:04 pm  Leave a Comment  
Tags: ,

Siapa Iblis Itu?

Malam hening
wajah bening
mata memicing
ke daerah asing;

lolongan anjing
lorong hancing
suara terpeking
cerita gunjing
manusia bertaring
betina bunting
jantan mengencing
di lubang kancing
anunya memancing

di puncak klimaks
dia terperanjat
malamnya jinak
budi terbejat
akal berkocak
merai laknat

tubuh kecil
apalah dosa
mangsa si jahil
meminta nyawa

buang ke tanah
seolah sampah
nyawa yang murah
kita pun menyumpah
si manusia iblis
pergi ke neraka sana

PSA
Jun 1, 2011

Published in: on June 2, 2011 at 7:42 pm  Leave a Comment  
Tags: ,