Kataku

Kuasah kataku
menjadi tajam seperti kilat
ayatnya kupilih
dari racun neraka
hurufnya kutempa
dari besi pahit
maknanya kuisikan
dengan seratus belati
agar jika disampai
biar tertusuk terus mati

Di dalam kataku
kulaungkan suara guntur
kukalung gema halilintar
biar separuh benua
biar 7 petala
biar seisi buana
merasai debarnya
terlucut getarnya
kuasa siapakah yang akbar?
mari kuucap sepatah kataku.

Johor Bahru
18 July, 2012

Advertisements
Published in: on July 18, 2012 at 6:28 pm  Leave a Comment