Demi

Demi sebuah perkahwinan
dia begitu mencintainya
seorang suami di sisi isteri
dia simpan di celah pinggul

Molek Garden
May, 20 2011

Advertisements
Published in: on May 21, 2011 at 2:40 pm  Leave a Comment  
Tags: ,

Tisu Basah

Renda sejadah baldu
di tebing perahu hanyut
ketika malam syahdu
berdiri insan ber’tahajjud’
hatinya merintih gundah
jiwanya meratib resah
bagaikan tisu basah
air matanya melimpah
dalam sujud yang pasrah

Sand Warehouse
April 1st, 2011

Published in: on May 16, 2011 at 7:20 pm  Leave a Comment  
Tags: ,

Nafas Bonda

Dalam kalimah agung Dewata
ada tersisip wasiat bonda
kami penghuni angkasa raya
tersujud di bawah kakinya
memuja wangian syurga

Nafas bonda segar
mengusir sejuta gusar
kami anak rahim bonda
lahir tika bonda muda
besar sampai bonda senja
masih segar nafas bonda

Sejambak senyum bonda
mengisi seharum ruang
menjejak Kulzum saat senja
mengingati ranum kasih  sayang

Molek Garden
May 8, 2011

Published in: on May 8, 2011 at 7:14 pm  Leave a Comment  
Tags: ,

Mencari Tuhan

Bila Ibrahim mencari Tuhan
dia terpandang bintang
dan bintang pun hilang
katanya “itu bukan tuhan”

dari bintang berganti bulan
juga bulan lekas sirna
katanya “itu bukan tuhan”

Lalu malam pun pergi
menerbitkan matahari
itukah “Tuhan”?
tapi mengapa sampai senja
Bukankah Tuhan selalu Ada?

Glory Command
May 6, 2011

Published in: on May 7, 2011 at 3:09 am  Leave a Comment  
Tags: ,

Berahi Sebuah Buku

Dianugerahi sebuah buku
mencipta selangit pesona
yang masih berbalut baharu
yang perang ditelan masa
yang renyuk kulit dan isi
yang tersiat halaman misteri
yang terkakis tulisannya
yang terlipat bucunya
masih lagi tersisa cinta

apabila kita selak
dengan gemalai jari menari
sehelai-sehelai kelopak lembarnya
kan kita jumpai askara-askara asmara
yang memimpin kasih berkata-kata
menawan rindu di setiap baris
mengawal goda di batasan garis
perenggan yang mesra bak gadis
bagaikan cerita tersenyum manis

dihujung bibir
terlukis ayatnya hadir
menyirat huruf-huruf zahir
abjad rumawi yang harum
serta rumi yang berkuntum
sampai jelang ghairah senja
kita pun terlena bersama
menyusur pelangi mimpi
berahi sebuah buku

Molek Garden
13 April, 2011

Published in: on April 13, 2011 at 2:15 pm  Leave a Comment  

Sejuta Pertanyaan

Kenapa kita?
hati bertanya
satu soalan
bagaikan hujan
bertimpa jatuh ke jalan
tetap tiada jawapan

biarkan guruh dan petir
membelah mendung awan
telinga menilik tafsir
kejadian surah tuhan

Kunang-kunang tepian muara
berkelip-kelipan indah
bagai tenang memberi hidayah
untuk makmur di bumi bertuah
pilihan diberi tuhan
syukurlah kita insani

Molek Garden,
11 April, 2011

Published in: on April 12, 2011 at 5:45 pm  Leave a Comment  

Dari lantai tiga

Dari lantai tiga
ketika dia bernafas
akhirnya dijatuhkan tewas
di padang olahraga.

Molek Garden
March 7, 2011

Published in: on April 7, 2011 at 7:27 pm  Leave a Comment  
Tags: ,

Puisi Buat April

Hari ini tanggal satu
pertama hari Sabtu
aku melihat kau tersenyum
di balik tembok atrium
gaun putih mawar putih
terpilih dan bersih

April yang pesona
seindah mega senja
tanganmu kupimpini
menuruni tangga Colosseum
kota lama tinggalan Vespasian
hanya tinggal cebisan
Kuil Damai sebuah mahligai

Pagi ini April
rose itu tertitis embun
llalu berkembang rukun
demi satu satu kelopaknya
disisi Pisa yang condong
dia tidak pernah berbohong

Molek Garden
April 1, 2011

Published in: on April 1, 2011 at 4:56 pm  Leave a Comment  
Tags: ,

Aku Mencari HilangNya

Kemanakah
angin yang menebarkan sari rindu
untuk dikucup pada segenap ruang
agar harum terpati dalam sanubari

Kemanakah
sinar yang tidak pernah sirna
memberikan nur cinta dari secebis api
untuk didakap dalam sejuk samudera

Kemanakah
lagu yang paling merdu
menjadi siul digemar camar
untuk bercanda ketika mega

Kemanakah
airmata yang mengalir di sungai hayat
memberikan nafas cinta
ketika sepi amat bermakna
pada sezarah debu diawangan udara

Pulai in a Spring season
Mac, 13 2011

Published in: on March 26, 2011 at 3:00 pm  Leave a Comment  
Tags: ,

Di Daun Jendela Dia Sedang Menyiram Mawarnya

Ku tatap ke luar daun jendela
memandang sebuah pasu kecil
yang hanya rata dengan tanah
digambur subur
di hujung balkoni
dan setiap pagi
dia akan menyirami
sambil menyanyi
suaranya perlahan sekali

Esok
ku lihat pasu kecil
telah bertunas kerdil
dan dia semakin setia
menyirami pasu kecilnya
nyanyian kecil semakin gembira
segembira senyumannya

Sehinggalah
tunas kecil menjadi besar
dan terkuntum setangkai mawar
baunya harum berkembang mekar
semakin tekun dia menyirami
pasu kecil dan sejambak bunga
bagaikan lagu setiap pagi
yang aku dengar merdu
menoreh malu

Molek Garden
25 Mac, 2010

Published in: on March 25, 2011 at 10:29 am  Leave a Comment  
Tags: , ,