Keindahan Sabtu

dia berhias
seperti hari sabtunya
indah bagaikan mawar di musim luruh
yang kupetik pada pagi hari
lalu tangannya aku sentuh
bagaikan memegang sebuah misteri
esa; senyap di hati bergemuruh
lalu kami berpimpinan
mendaki ke puncak bukit
diam itu berbicara sesuatu bagaikan
dan cahaya siang yang membunuh
menjadikan masa tergelincir
seperti selalunya

Molek Garden
26 Feb 2011.

Published in: on February 26, 2011 at 10:51 am  Comments (2)  
Tags: , ,

Debunga-Debunga Libyan

Demi tanah yang dulunya harum
di tengah wangi padang kuasa Ghadaffi
singa buas yang bongkak mengaum
melihat debunga Libyan bersemi
terbang melitup padang kuasanya
menyesak letup haloba nafasnya
menggetar gadang darjat di bahunya

Debunga-debunga libyan musim luruh
seujana berkuncup tumbuh
di padang kuasa singa nan angkuh
bersenandungkan awan Kaherah
dan hujan Tunisia yang basah
bunga-bunga Libyan bercambah
menjalar mekar; membenamkan akar

Sang singa yang mencabar
apakah buta menafsir iktibar?
padang mesir yang terbakar
dan tanah Cairo yang tercalar
ialah kerana umarak yang tamak
lalu ummatnya bangun membentak
demi sinar masa kelak

Debunga-debunga Libyan
padang ini adalah taman-mu
dan bukan agam sang singa
yang asyik menjilat bulunya
di atas batu singgahsana

Mekarlah dan mewangi
wahai debunga-debunga Libyan

22 Feb, 2011
Sand Warehouse.

Published in: on February 22, 2011 at 4:10 pm  Comments (2)  

Di Sisi Senja

Alam yang tercantik
di sisi maghrib
menyelak purdah nirwana
mempamerkan jelita sesungguhnya

kalimah-Nya yang nyaring
beralun di udara senja
masa terdetik menjadi puing
sia-sia yang tidak terkira

burung pun pulang
terbang ke sarang
damai dan girang

Molek Garden
Feb 19, 2011

Published in: on February 19, 2011 at 12:14 pm  Leave a Comment  
Tags: ,

Pantun Nona

Nona cina Melaka
berkain sarung belahan sisi
cantik dipandang mata
wajah ranum berseri-seri

Nona batu pahat
hitam pahit gula jawa
walau senyum kelat
lesung pipit ada dua

Nona kuala perlis
putih-putih gula perserai
bagai mawar digentis
memang dipilih orang ramai

Nona alor star
baju hijau kurung kedah
dipandang hati berdebar
bagai pasung menanti belah

Nona pekan rembau
berbaju Limpapeh Rumah Nan Gadang
dalam tidur terigau-igau
jiwa terasa digoncang-goncang

Nona pasir mas
kain songketnya disisip kemas
sopan bersantun ikhlas
hati siapa pun akan tewas

Nona kota Ipoh
bagaikan teh yang sari
kecantikannya diheboh
banyak pemuda yang memuji

Nona Kuala Lumpur
lenggang lenggok bertumit tinggi
jarang masuk ke dapur
katanya takut hilang wangi

Molek Garden
Feb 14, 2011

Published in: on February 14, 2011 at 3:25 pm  Comments (2)  
Tags:

Atmosfera Kuasawan

Rakyatnya merenung langit dan awan
firasat yang tergantung di atmosfera kuasawan
padu berinti oksigen mewah dananya
tiga dekad kudrat yang tertahan;
istana mega presidennya
sofa empuk takhtanya
cahaya emas chandeliernya
dan berpoket harta negaranya

Atmosfera kuasawan kurniaan tuhan
berlapis telah tiris, hilang dihakis
doa lampau ikhlas dan sabar
hati rakyat dicalar cabar
topeng mewah oksigen mendanai nafas presiden
disedut rakus nafsu yang haus
tak gusar marhaen-nya lemas terkapar
hilang oksigen demokrasi;
pati yang tulen dan segar

Setabung tabah oksigen mewah
menguji perjuangan mengubah arah
kuasa mubaraq dulunya ikhlas
bersalin tamak dibayang buas
murbawan dulunya takzim menafsir
garang mendesak rejim diusir
agar bertaut iktisad yang retak
melingkari atmosfera kuasawan

Kita yang perhati
belajar-berlajarlah menjadi saksi

Feb 7, 2011

Published in: on February 10, 2011 at 3:53 am  Leave a Comment  
Tags: ,

Februari Valentine

Februari velentine,
ku kucup sebuah ciuman mesra
dengan kesantunan laku pria
aku genggam erat tangan halus yang mulus
menghilang getar tika angin menghembus
aku dakap tubuh wangi bersensualiti
digelita malam yang bersaksi
aku hadam gadis valentine,
ketika suhu dibawah darjah celsius
melumat nikmat cinta falsafah angin barat
hingga lupa cinta majnun dan laila
yang ranum dipujangga titiwangsa

angin Februari valentine
meniup kehangatan berahi dari hati
ke hati hingga ke puncak pekerti
meruap budi ke hujung azali
menyekat keharuman rindu dari tertebar wangi
supaya tidak dikenal cinta sejati
yang lama tidak disapa cinta suci

malam larut Februari valentine
sekuntum mawar rakus dibongkar sepenuh ikhtiar
embun menitis hambar terjurai berpencar
bulan juga suram meneman
senyum indah devian
memesong perahu di haluan
sedang aku mengayuh songsang valentine
menjalur diri dilalu takdim

Feb, 14 2010
Rembau

Published in: on February 9, 2011 at 2:47 pm  Leave a Comment  
Tags: ,